Monday, February 11, 2008

me....

Sebenarnya... mencatat untuk bacaan umum bukan aku ...
bukan diri aku sebenarnya... (wlupun aku rasa tak de sapa yang baca)
aku lebih suka berahsia... so bercerita pada yang aku rasa
aku boleh percaya.... catatan nie pada aku.. selalu tinggalkan
kesan khas... yang aku sendiri pun tak tahu kesahihannya...
bukannya aku penulis terkenal... atau penyajak mahsyur untuk bimbang...
Hanya picisan kecil habuk2 yang terbang... itulah aku salah satunya...

Pada satu kehidupan yang panjang.... aku mulai sedar... diri aku
selalu cepat membuat keputusan tanpa berfikir panjang.... kemudian akhirnya
aku kecewa dengan apa yang telah aku lakukan... aku selalu menyalahkan
persekitaran yang mendesak aku berbuat demikian....
sedangkan apapun yang dibuat... aku yang telah membuat keputusan....
Aku cuba untuk elakkan diri dari buat perkara sedemikian....
tapi.... `ooooppss i did it again`

Masa sebenarnya masih panjang untuk aku belajar dari kesilapan....
Namun perkara pertama yang aku harus lakukan adalah berfikir sedalam2nya...
Lihat sejauhmana kefahaman aku pada sesuatu sebelum aku membuat keputusan...
Jika aku terus alpa dengan dunia aku sekarang... aku mungkin boleh
membuat keputusan yang silap untuk kehidupan aku yang akan datang....
Aku harus beri masa yang panjang untuk diri aku.... dan buat sebagaimana
yang aku mahu... Bukan kerana aku terpaksa...Bukan kerana aku simpati...
Tapi aku kerana itu yang aku mahu....

No comments: